Thursday 31 March 2016

PENGALAMAN TEMUDUGA SPA2015:PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

hai,assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua reader yang terdiri daripada pelbagai kaum yang sedang membaca blog ini(ewahh dah macam gaya pemberita la pulak -.-)

okay ni first time aku buat blog ni.tujuan aku buat blog ni sebab nak share dekat semua yang baca blog aku ni.share apa?? haaaa nampak tak title besar dekat atas tu?? so aku akan kongsi serba sikit pasal pengalaman aku pergi temuduga spa ni.

aku dapat temuduga spa(pembantu perawatan kesihatan) ni around bulan ogos 2015 macam tu. firstly dapat dekat email.seminggu lepastu dapat surat temuduga ni. haaa kalau nak tau pembantu perawatan kesihatan(ppk) ni jawatan taraf pmr je. aku pun tanya la family aku,patut ke tak nak pergi temuduga ni? then dorang jawab ''pergi jela.mana tau rezeki dapat kerja tu.bukan senang nak dapat kerja,lagi-lagi kerja kerajaan'' so,aku pun pergi jela temuduga ni. sebelum pergi tu aku ada la cari research serba sikit pasal ppk ni.skop kerja apa semua tu.buat sebagai persediaan awal gitu.

hari yang ditunggu-tunggu pun tiba,time pergi tu sorang pun tak ada oii.dah la datang terlebih awal.memang ketar satu badan ni..so sementara orang tak ada tu aku sempat la baca sikit-sikit pasal tugas ppk ni.lepastu ada la dalam setengah jam macam tu,orang yang jaga kaunter depan tu datang.then dia tanya aku ''datang untuk temuduga ppk kan?daftar dekat sini dulu'' so aku pun pergi dekat kakak tu, dia tolong semak semua dokumen and susun dokumen sebelum masuk temuduga.

lepastu aku duduk relax kejap.ada la dalam 4 5orang yang datang temuduga,nervous gila nak masuk temuduga ni.dahla aku orang first! tiba-tiba sorang penemuduga masuk lalu depan aku and dia masuk dalam bilik depan tempat aku duduk tu.lepastu kakak dekat kaunter tu panggil nama aku, dia suruh aku get ready sebab bila loceng bunyi je dah masuk bilik tu. tak lama lepas tu loceng pun bunyi.so aku dengan muka cuak + takut ni nmasuk dalam bilik tu.sebelum tu kena ketuk pintu dulu.bila dia bagi masuk,baru boleh masuk. ni pun dikira point jugak tau.

lepas dah masuk bilik tu,penemuduga tu suruh bagi semua dokumen and suruh aku duduk. penemuduga ni sorang je.lelaki.umur aku agak ada la dalam 50an macam tu. lepas tu,tuan penemuduga ni sebut kuat-kuat nama aku.then dia tanya la pasal family aku apa semua.nasib la dia tak suruh introduce yourself.hehe.lega

lepastu,soalan pertama tuan tu tanya aku...

''kenapa minta ppk ni?result spm you bagus'' Aku jadi kelu.lepastu aku goreng la apa yang boleh aku cakap huhu. lepastu dia tanya aku ni tengah study ke tengah kerja? nak jawab pun rasa macam serba salah.kalau cakap tengah study,kang takdapat pulak ppk ni. so aku pun goreng la apa yang patut,walaupun tengok gaya penemuduga tu macam tak percaya je apa aku cakap tadi T.T

lepastu baru la penemuduga tu tanya aku pasal skop kerja ppk ni. then dia bagitau aku, temuduga ni untuk ambilan kerja bawah jkm. pastu dia tanya aku sanggup ke tak kalau dapat kerja ni.sebab bukan senang nak handle orang tua ni.aku pun iyaakn jela.aku sanggup kerja ppk ni.sebab sekarang ni payah gila nak dapat kerja.even kerja ppk ni taraf pmr,gaji sikit,at least keja ni under kerajaan.so terjamin la masa depan.

lepas habis tuan penemuduga tanya aku tu,so kira tamat la sesi temuduga tu.dia cakap macam ni dekat aku ''balik rumah ni you doa la banyak-banyak supaya you boleh dapat kerja ni'' tetiba aku jadi blank -.- kenapa tuan tu cakap macam tu?gaya macam aku kena reject ja T.T lepastu aku ambik balik fail aku,aku senyum dekat penemuduga tu and aku cakap terima kasih dekat dia. fuhhh lega.

masa ontheway balik tu aku terpikir jugak kata-kata penemuduga tadi.. kenapa eh dia cakap macamtu? aku ni boleh dapat ke tak keja tu? sebab sepanjang kena soal tadi aku banyak tersasul + gagap. memang cuak tahap tak ingat laa..tapi takpela.andai kata aku takdapat kerja tu,mungkin bukan rezeki aku.so memang time tu aku frust jugak sebab cuak masa kena soal tu.

tunggu punya tunggu,sebulan lepas temuduga tu result pun keluar.dapat jadi ''CALON SIMPANAN'' memang jatuh rahang tengok result aku tu.sebab? aku tak sangka boleh lepas.even dapat status simpanan. Alhamdulillah.. sebelah kaki je nak dapat keja kerajaan ni.

tips yang aku dapat sepanjang pengalaman temuduga spa ni, firstly,buat persediaan awal untuk cari maklumat pasal jawatan yang kita nak pergi temuduga tu.then,jangan cepat gabra.adab sebelum,semasa and selepas temuduga pun kena jaga jugak.markah diambil kira masa temuduga tu.

so,harap pada yang dah baca entri aku ni,boleh la buat tips or persediaan awal.all the best and good luck! :)