Thursday 31 March 2016

PENGALAMAN TEMUDUGA SPA2015:PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

hai,assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua reader yang terdiri daripada pelbagai kaum yang sedang membaca blog ini(ewahh dah macam gaya pemberita la pulak -.-)

okay ni first time aku buat blog ni.tujuan aku buat blog ni sebab nak share dekat semua yang baca blog aku ni.share apa?? haaaa nampak tak title besar dekat atas tu?? so aku akan kongsi serba sikit pasal pengalaman aku pergi temuduga spa ni.

aku dapat temuduga spa(pembantu perawatan kesihatan) ni around bulan ogos 2015 macam tu. firstly dapat dekat email.seminggu lepastu dapat surat temuduga ni. haaa kalau nak tau pembantu perawatan kesihatan(ppk) ni jawatan taraf pmr je. aku pun tanya la family aku,patut ke tak nak pergi temuduga ni? then dorang jawab ''pergi jela.mana tau rezeki dapat kerja tu.bukan senang nak dapat kerja,lagi-lagi kerja kerajaan'' so,aku pun pergi jela temuduga ni. sebelum pergi tu aku ada la cari research serba sikit pasal ppk ni.skop kerja apa semua tu.buat sebagai persediaan awal gitu.

hari yang ditunggu-tunggu pun tiba,time pergi tu sorang pun tak ada oii.dah la datang terlebih awal.memang ketar satu badan ni..so sementara orang tak ada tu aku sempat la baca sikit-sikit pasal tugas ppk ni.lepastu ada la dalam setengah jam macam tu,orang yang jaga kaunter depan tu datang.then dia tanya aku ''datang untuk temuduga ppk kan?daftar dekat sini dulu'' so aku pun pergi dekat kakak tu, dia tolong semak semua dokumen and susun dokumen sebelum masuk temuduga.

lepastu aku duduk relax kejap.ada la dalam 4 5orang yang datang temuduga,nervous gila nak masuk temuduga ni.dahla aku orang first! tiba-tiba sorang penemuduga masuk lalu depan aku and dia masuk dalam bilik depan tempat aku duduk tu.lepastu kakak dekat kaunter tu panggil nama aku, dia suruh aku get ready sebab bila loceng bunyi je dah masuk bilik tu. tak lama lepas tu loceng pun bunyi.so aku dengan muka cuak + takut ni nmasuk dalam bilik tu.sebelum tu kena ketuk pintu dulu.bila dia bagi masuk,baru boleh masuk. ni pun dikira point jugak tau.

lepas dah masuk bilik tu,penemuduga tu suruh bagi semua dokumen and suruh aku duduk. penemuduga ni sorang je.lelaki.umur aku agak ada la dalam 50an macam tu. lepas tu,tuan penemuduga ni sebut kuat-kuat nama aku.then dia tanya la pasal family aku apa semua.nasib la dia tak suruh introduce yourself.hehe.lega

lepastu,soalan pertama tuan tu tanya aku...

''kenapa minta ppk ni?result spm you bagus'' Aku jadi kelu.lepastu aku goreng la apa yang boleh aku cakap huhu. lepastu dia tanya aku ni tengah study ke tengah kerja? nak jawab pun rasa macam serba salah.kalau cakap tengah study,kang takdapat pulak ppk ni. so aku pun goreng la apa yang patut,walaupun tengok gaya penemuduga tu macam tak percaya je apa aku cakap tadi T.T

lepastu baru la penemuduga tu tanya aku pasal skop kerja ppk ni. then dia bagitau aku, temuduga ni untuk ambilan kerja bawah jkm. pastu dia tanya aku sanggup ke tak kalau dapat kerja ni.sebab bukan senang nak handle orang tua ni.aku pun iyaakn jela.aku sanggup kerja ppk ni.sebab sekarang ni payah gila nak dapat kerja.even kerja ppk ni taraf pmr,gaji sikit,at least keja ni under kerajaan.so terjamin la masa depan.

lepas habis tuan penemuduga tanya aku tu,so kira tamat la sesi temuduga tu.dia cakap macam ni dekat aku ''balik rumah ni you doa la banyak-banyak supaya you boleh dapat kerja ni'' tetiba aku jadi blank -.- kenapa tuan tu cakap macam tu?gaya macam aku kena reject ja T.T lepastu aku ambik balik fail aku,aku senyum dekat penemuduga tu and aku cakap terima kasih dekat dia. fuhhh lega.

masa ontheway balik tu aku terpikir jugak kata-kata penemuduga tadi.. kenapa eh dia cakap macamtu? aku ni boleh dapat ke tak keja tu? sebab sepanjang kena soal tadi aku banyak tersasul + gagap. memang cuak tahap tak ingat laa..tapi takpela.andai kata aku takdapat kerja tu,mungkin bukan rezeki aku.so memang time tu aku frust jugak sebab cuak masa kena soal tu.

tunggu punya tunggu,sebulan lepas temuduga tu result pun keluar.dapat jadi ''CALON SIMPANAN'' memang jatuh rahang tengok result aku tu.sebab? aku tak sangka boleh lepas.even dapat status simpanan. Alhamdulillah.. sebelah kaki je nak dapat keja kerajaan ni.

tips yang aku dapat sepanjang pengalaman temuduga spa ni, firstly,buat persediaan awal untuk cari maklumat pasal jawatan yang kita nak pergi temuduga tu.then,jangan cepat gabra.adab sebelum,semasa and selepas temuduga pun kena jaga jugak.markah diambil kira masa temuduga tu.

so,harap pada yang dah baca entri aku ni,boleh la buat tips or persediaan awal.all the best and good luck! :)


71 comments:

  1. Nak tanya saya pon calon simpanan ppk lokaliti kuantan . Awk dah lantikan tetap ke sekang ni atau masih calon simpanan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya baru lulus ujian psikometrik,nanti nak menjalani temuduga,tq sbb banyak bagi tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la sya pom baru lulus ujian psikometrik jwatan ppk u11.. saya area kelantan.. nanti wasap la saya 01121092688 fikri

      Delete
    2. Sy pon bru lepas ni dpt utk tmuduga 24

      Delete
    3. Same la tarikh interview kte.. 24/1..kat Putrajaya ke

      Delete
    4. Eh sama dkt putrajaya juga hehe

      Delete
  4. Saya pun baru lulus ujian ppm u11..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sy pun bru lulus ujian ni . Tgh stdy psal kementerian .. ๐Ÿ˜… Doakn sy luluss temuduga

    ReplyDelete
  7. Sy pun baru lulus ujian . Sy area terengganu . Tq bagi tips .

    ReplyDelete
  8. Min, kena bawa sijil / slip upsr ke? Kalau tak bawa boleh? Bawa sijil berhenti sek rendah dan lain2 dokumen yg berkaitan?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. saya pun dh lulus exam psikometrik,sdg menunggu tarikh iv tapi risau plk sbb smua sjil masa skolah hilg. dpt salinan pmr dan spm je ( tu pn mohon online ) . sijil berhenti pn hilang tp ad mohon blik dkt skolah, mcm mna eh klu sjil-sjil byk takda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa saya pon baru lulus jgk tggy nk iv nnt 17.hb 1 gementar

      Delete
    2. Saya pun 17hb 1 ni dekat hospital sibu . Nerves๐Ÿ˜…

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. sy pun 17hb ni iv. dekat kuantan. neves ni

      Delete
    5. Slm , bleh kongsikan sikit tak soalan2 temuduga yg dah settle .. Sy interview 25hb ni

      Delete
    6. awak boleh check di blog sy ye,sy ada share antara soalan yang ditanya

      Delete
  11. Replies
    1. Saya dapat iv nii 22/1. Allah . Dup dap dup dap nii

      Delete
  12. Saya pn 14.1ni interview.. Doakan sy lulus.. Hee๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
  13. tq bagi tip min.doakan saya juga ye interview 14/1 nie.Amen

    ReplyDelete
  14. Goodluck semua calon yang bakal iv nanti. Doakan saya juga. Saya 13hb ni iv jam 8 pagi di hospital permai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pulak 15hb di hospital permai jugak..good luck ye.

      Delete
    2. @kakakngohh , boleh kongsikan sikit soalan interview yg akak dapat haritu ? Sy interview 25hb ni .. Harap membantu

      Delete
  15. Hai, sijil apa yg mau di bawa time tmuduga, bawa Sijil SPM ka ataupun Sijil PMR saja. Tolong respon dlu.

    ReplyDelete
  16. Semoga dpermudahkan urusan kita semua.. Aamiin

    ReplyDelete
  17. semoga semua yang akan interview minggu depan semua nya lulus...termasuk saya..hehe amin...doa bgus2 k

    ReplyDelete
  18. Siapa yg dpt panggilan temuduga 16/01 nie,kuantan pahang? Debor weh..minggu depan dah...stdy2... Good luck semua...

    ReplyDelete
  19. saya pun dah lulus ujian psikometrik, 16/1/2019 ni ada interview dekat hospital keningau sabah.. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

    ReplyDelete
  20. Temuduga saya pd 14.1.2019 isnin ni d KOTA KINABALU...semoga Kita semua berjaya n lulus ditemuduga...aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. mcm mne iv hari ni ? Apa soalan yg dia tnya ? Nerves ni๐Ÿ˜….. sy iv kamis

      Delete
  21. Esok saya temuduga.. Doakan yang terbaik untuk saya semua

    ReplyDelete
  22. Saya punye 23/1 . Doakan yg tbaik utk saya๐Ÿค—

    ReplyDelete
  23. Esok sy iv juga di ipoh perak.moga kt semua berjaya hendaknye.aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mne iv? panel ade tanye isu semasa x?

      Delete
  24. Yang penting korang faham skop kerja ppk tu macam mana,pastu kenapa korang pilih jawatan kerja ppk ni. Nasib2 jgk tu panel lain-lain. Goodluck ya,saya dah lepas iv semalam๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best nye dah lepas . Sy kamis ni .. bnyk ke soalan dia tnya ?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Boleh check blog saya,saya ada share soalan2 yang panel tanya tapi mungkin berbeza ikut negeri. Lain pannel,maybe lain sikit lh soalan nya hehe

      Delete
  25. Sy plak 16hb ni dkt n.9.hrni bru nk bka kitab psal ppk ni.๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  26. Ok x awk sy siap pg td iv dkat kuantan

    ReplyDelete
  27. Sy pun siap iv kat hospital pagi ni.. soalan die x susah cumaa saya terlampau neves.. sy rsa mcm failed laa๐Ÿ˜“ . Sebb ni first time sy iv kerja kerajaan . Seriously , mcm xdpt je๐Ÿ˜ข

    ReplyDelete
  28. Sy interview 22hb ni.thn lps interview ppk jgk tp gagal. Harap kali ni bleh lulus..

    ReplyDelete
  29. Sy pun siap iv kat hospital pagi ni.. soalan die x susah cumaa saya terlampau neves.. sy rsa mcm failed laa๐Ÿ˜“ . Sebb ni first time sy iv kerja kerajaan . Seriously , mcm xdpt je๐Ÿ˜ข

    ReplyDelete
  30. Sy iv 22/1 dekat putrajaya.ada yang sama dengan tarikh tu ke..

    ReplyDelete
  31. Rse² lulus ke x, iv ni klau hbs je penemu duga bgitahu awk blik ni doa byk²

    ReplyDelete
  32. saya pn bru lps iv ppk 23hb bru ni dkt putarajaya..soalan sya kena tggjawap n skop kja ppk..blhkah pjj dgn suami sekiranya dpt kja jauh..

    ReplyDelete
  33. Alhmdllh.. Iv saye 17hb jan..
    Lulus.. Smlm dpt keputusan..
    25/3 kne call kkm utk lapor diri dan penempstan....
    Skrg saye msih bekeje .

    Nk tnye.. Tempoh lps call tu lme x dpggil utk lapor diri

    ReplyDelete
  34. Mase iv..
    Panel xtnye isu sms..๐Ÿ˜…
    Dtudy jgk mcm2..

    Tpi byk tnye pglmn,kesaggupn pjj,
    Apa yg fhm ttg ppk.

    Soalan mmg psiko..
    Jdi kne bersedia..
    Tunjuk kita mmpu utk ppk..kne tjk kite cnfdnt.. Tpi masa yg sama rendh kn diri bila panel bg pndgn..
    #1st iv gov#
    #just sharing#

    ReplyDelete
  35. Sma lrh.. Buat Group sng skit nk bncang..

    ReplyDelete
  36. sy hanya dapat calon simpanan.....

    ReplyDelete
  37. Hai..ada sesiapa tahu bila tarikh lapor dri ekk? Dh kol kkm bahagian sumber manusia tp xpernah berjawab..

    ReplyDelete
  38. 10 tahun dah calon simpanan..huhuhuu..

    ReplyDelete
  39. Hello nak tnya kalau kita semak dekat portal Spa8. Melepasi syarat yang ditetapkan oleh kementerian apa maksud

    ReplyDelete